SYARAT & PERATURAN RUMAH AINA GUEST HOUSE & PRIVATE POOL

  1. SYARAT & PERATURAN RUMAH AINA GUEST HOUSE

Bayaran & Deposit Keselamatan

  1. Anda telah membuat pembayaran penuh Bersama deposit keselamatan sebanyak RM100.
  2. Pihak pengurusan berhak menuntut tambahan deposit keselamatan sekiranya perlu dan tertakluk kepada budibicara.
  3. Deposit akan dikembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah pihak pengurusan membuat semakan kerosakan atau kehilangan atas fasiliti yang disediakan.
  4. Deposit akan ditolak mengikut harga yang telah ditetapkan bagi setiap barang dan fasiliti yang rosak atau hilang
  5. Deposit juga boleh ditolak atas peraturan dan syarat yang dilanggar

Pindaan Tarikh & Pembatalan

  1. Pelanggan boleh membuat pindaan tarikh tanpa apa-apa caj dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh check-in.
  2. Pelanggan TIDAK DIBENARKAN membuat pembatalan dengan apa-apa sebab sekalipun, namun boleh menunda ke tarikh yang baru mengikut kekosongan. Jika pindaan tarikh dilakukan kurang dari 7 hari, caj pengurusan sebanyak RM50 dikenakan.

Daftar Masuk & Daftar Keluar (Check-In & Check-Out)

  1. Waktu Daftar Masuk (Check-In) adalah pada Pukul 3.00 petang dan Daftar Keluar (Check-Out) pukul 12.00 tengah hari
  2. Jika Check-out melebihi jam 12 tengahari, penghuni dikenakan caj sebanyak RM50 untuk setiap 30 minit dan tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan.
  3. Kerjasama tetamu amatlah dihargai bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan dan sanitasi untuk menerima tetamu yang akan datang.

Memasak & BBQ

  1. Penghuni dibenarkan memasak dan membuat BBQ serta menggunakan peralatan dapur yang disediakan. Kerjasama agar menjaga kebersihan dan kelengkapan disimpan seperti asal selepas dibersihkan.
  2. Caj pembersihan tambahan sebanyak RM50 akan dikenakan jika didapati dapur dan BBQ ditingggalkan dalam keadaan kotor melalui penolakan deposit.

Bilangan Tetamu

  1. Jumlah had MAKSIMUM bilangan penghuni keseluruhan adalah seramai 14 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak.
  2. Jika didapati bilangan melebihi kapasiti yang ditetapkan, keseluruhan deposit keselamatan RM100 tidak akan dipulangkan dan tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan.
  3. Pihak pengurusan senantiasa memantau kemasukan penghuni melalui CCTV yang dipasang
  4. Tetamu selain yang menginap tidal dibenarkan melainkan mendapat kebenaran daripada pihak kami. Kadar RM10/seorang akan dikenakan bagi setiap tetamu dan tertakluk kepada budibucara pihak pengurusan.

Penganjuran Majlis

  1. Tiada penganjuran majlis diadakan di premis melainkan mendapat kebenaran daripada pihak kami. Kadar Surcharge untuk sebarang majlis adalah minima RM200 dan tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan.

Tempat Letak Kereta

  1. Bilanagan maksimum kenderaan adalah sebanyak 4 buah sahaja. Kadar RM100 akan dikenakan bagi setiap tambahan kenderaan dan tertakluk kepada budibicara pihak pengurusan.
  2. Pelanggan mesti menyusun kenderaan di tempat letak kereta dengan cara yang betul supaya tidak menghalang laluan utama.
  3. Dilarang menghalang atau memletakkan kenderaan di ruangan kediaman yang lain.
  4. Keselamatan kenderaan yang diletakkan adalah tanggungjawab sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa bentuk kerugian.

Keselamatan Penghuni

  1. Keselamatan semua tetamu adalah di bawah tanggungjawab sendiri
  2. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian, kecurian, kecederaan atau kematian sebelum, semasa dan selepas menginap di sini

Fasiliti & Kelengkapan

  1. Segala kelengkapan dan fasiliti haruslah dijaga dengan baik, tidak dirosakkan dan digunakan secara berhemah.
  2. Penggunaan kelengkapan simpanan di ruangan simpanan seperti Toto, tuala dll kami adalah tertakluk kepada kebenaran pihak pengurusan. Caj dobi dikenakan pada kadar RM20 untuk setiap toto dan RM2 untuk setiap tuala tamabahan yang digunakan dan akan ditolak daripada wang deposit.

Peraturan Penggunaan Kolam

  1. Penggunaan kolam adalah pada jam 7 pagi hingga 10 malam sahaja
  2. Mohon untuk kawal bunyi bising ketika mandi selepas jam 8 malam. 
  3. Digalakkan memakai pakaian mandi yang sesuai. Tidak digalakkan pakaian daripada kapas (cotton). Dilarang memakai pakaian yang luntur warna.
  4. Kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang hendaklah memakai “swim diapers”
  5. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun hendaklah ditemani orang dewasa
  6. Hendaklah bersihkan diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.
  7. Dilarang berlari & bertolak-tolak di sekitar kawasan kolam.
  8. Dilarang melompat dan melakukan aksi yang membahayakan semasa mandi.
  9. Penghuni yang mengidap penyakit kulit, penyakit berjangkit atau sakit telinga atau hidung yang membahayakan tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam.
  10. Merokok, makan dan minum adalah dilarang di dalam dan kawasan kolam renang.
  11. Dilarang membawa masuk sabun, syampu atau benda lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.
  12. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam.
  13. Dilarang membuang apa-apa benda termasuk cairan ke dalam kolam.
  14. Dilarang membuang air, hingus, kahak atau ludah didalam kolam.
  15. Dilarang membawa masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.
  16. Tidak dibenarkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.
  17. Pihak pengurusan berhak menegur atau menasihati mana-mana pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan
  18. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.

Larangan Keras

  1. Kami MENGUTAMAKAN  penghuni yang beragama ISLAM sahaja terdiri dari keluarga dan pasangan mahram sahaja.bagi memastikan kebersihan dan kesucian kawasan ini.  
  2. Tidak dibenarkan membawa minuman keras / beralkohol dan apa-apa jenis dadah yang menyalahi undang-undang.
  3. Tidak dibenarkan melakukan perbuatan ZINA & MAKSIAT ketika berada disini.
  4. Tidak dibenarkan membawa makanan yang haram dan najis disisi undang-undang agama Islam.
  5. Tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk kesalahan mengikut undang-undang negara ketika berada disini.
  6. Jika pihak pengurusan menerima aduan beserta bukti, kami akan laporkan kepada pihak berkuasa.

Segala SYARAT & PERATURAN INI ditetapkan untuk memberi keselesaan kepada sekelian penghuni yang bakal menghuni disini. Kami percaya penghuni Rumah Aina Guest House adalah mereka yang memahami aspirasi dan semangat kami. Terima Kasih kerana menyokong kami.